Juga Daripada Blogger

Ingin Menulis? Klik sini!

Tuesday, July 14, 2009

[SI] Elemen Akidah Kristian dalam Transformers


Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menonton filem (format Media Player) saifai (sci-fi, science fiction) blockbuster Transformers: Revenge of the Fallen. Seperti yang diperkata oleh kebanyakan orang yang menonton dan jangkaan saya, filem ini mempamerkan jalan cerita yang sangat menarik dan penuh dengan aksi pertempuran. Tetapi unsur utama filem Hollywood, iaitu adegan berunsurkan seks yang tidak ada perkaitan juga tidak ketinggalan termasuk dalam plot cerita. Secara keseluruhan, plot cerita yang pantas, unit-unit robot yang baru menjadikan tidak bosan mengikuti jalan cerita meskipun filem ini memakan masa selama lebih dua jam.

Justeru, mudahlah bagi saya untuk meneliti kandungan penceritaan Transformers ini. Unit-unit pun telah diketahui rupa dan aksinya, maka tidak ada masalah untuk membayangkan apakah yang berlaku. Selain itu, antara kelebihan membaca novel (daripada filem) ialah terdapat huraian yang tidak ada dalam filem dijelaskan dalam novel. Ini memudahkan untuk kita menggarap dengan lebih dalam apakah idea ataupun ideologi di sebalik filem itu. Saya sudah membaca sedikit novel rasmi filem Transformers, insya-Allah ada kelapangan masa saya akan habiskan.

Pada hari ini saya juga berkesempatan seketika melayari laman wikipedia untuk mendapatkan idea teras Transformers. Saya mengesan bahawa sebenarnya di sebalik filem mahupun kartun ataupun komik Transformers, ada terselit unsur-unsur akidah dalam agama Kristian. Namun demikian, bukanlah saya menghuraikan perkara ini pada ruang dan peluang ini. Terdapat persamaan-persamaan yang erat antara jalan cerita dan watak dalam filem tersebut dengan akidah agama Kristian sendiri. Mungkinkah Michael Bay memaksudkan? Saya yakin bahawa ini tidak mustahil, kerana filem merupakan propaganda utama yang bertujuan untuk menyebarkan ideologi dan mengelirukan umat manusia akan keindahan dan kesucian agama Islam.

Insya-Allah, saya berharap punyai ruang untuk mengkaji lanjut mengenai perkara ini...

Berjasa Kepada Masyarakat

3 comments:

Zahan said...

Jelas, banyak sekali akidah (jalan) di dunia ini. Akidah Kristian menyesatkan, akidah Yahudi dimurkai. Hanya 1 akidah yang benar iaitu akidah Islam.

Kalaulah semua orang sedar itu,takkan ada banyak akidah di Malaysia ini khususnya.

Allah menciptakan manusia dari 1 Nabi Adam dan 1 Hawa.Tetapi amatlah menyedihkan,anak-anak Adam hilang panduan dalam berakidah.

Alhamdulillah kita diakidahkan dengan Islam. Iban,Dayak, Bidayuh,Cina,India masih berakidah yg sesat.

Kristian berjaya menyebarluaskan akidah mereka secara halus.Filem Transformers menunjukkan plot2 peperangan antara robot.Hollywood gemar kepada aksi2 ganas sebagai hiburan.Seperkara lagi, unsur Kristian juga ada diselitkan bila wataknya menyebut 'Holy Mother!!

Azrul bin Jaini said...

Ya, sememangnya kita bersyukur kita berada dalam lingkungan yang selamat. Dan kita juga harus berdoa agar kita dikekalkan dalam keadaan ini dan berakhir dengan kesudahan yang baik.

Hendak dikatakan bangsa-bangsa yang saudara sebut, syukur kepada Allah, ada sebilangan mereka telah diberi hidayah oleh Allah dan bilangan mereka bertambah. Menjadi tanggungjawab kita mempamerkan keindahan Islam dan menjelaskan kekeliruan kepada mereka agar salah faham dapat dijernihkan.

Mereka (Barat) dan sesiapa sahaja yang menjadikan Islam itu sebagai musuh setelah mereka mengetahui kebenarannya selama-lamanya akan membuat penghadang dan perangkap buat manusia menjauhi kebenaran.

Kita tidak dapat salahkan mereka semata-mata. Kerana mereka tidak takut kepada kita umat Islam. Kerana umat Islam sudah hilang takut kepada Tuhan dan melupakan Rasul mereka, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

RINDOK ATI said...

Yesterday was the first time my DS lecturer heard about Mechatronic Engineering. Then she said, "Waa..sounds like Transformer.." ;p